Dance Off Showdown 2012

Setelah dilangsungkan di i-City Shah Alam pada musim lepas, Showdown 2012 kembali ke KL Live di KL Life Centre, mulai 2 Mei 2012. Setiap malam pertandingan dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu bahagian pertama yang mana setiap kumpulan membuat persembahan tarian masing-masing mengikut giliran; bahagian kedua (Battle) yang mana empat kumpulan yang meraih undian terendah dipasangkan satu lawan satu dan berentap selama 180 saat untuk kekal dalam pertandingan, di mana dua kumpulan yang kalah dalam Battle masing-masing hanya meletakkan nasib mereka dalam tangan juri.

Talian mengundi untuk para penonton dibuka 24 jam sepanjang tempoh pertandingan kecuali ketika segmen 'Battle' pada malam pertandingan setiap Rabu. Kru yang tersingkir mesti memangkah kod SMS mereka di papan latar pentas dengan menyembur cat. Para peserta menari mengikut tema mulai minggu kedua hingga minggu kedua terakhir pertandingan, berdasarkan pilihan rawak oleh sistem yang dipaparkan di latar pentas di hujung setiap malam bertanding.

2 Mei

12 kru membuat persembahan pengenalan mereka di peringkat pertandingan mengikut gaya masing-masing.

Battle:

  • Soul Gang mng EGS Monster
  • Dem Lepak Boyz mng Syko Breakerz Crew

Joe Flizzow membuat pengumuman mengejut bahawa kedua-dua kru yang kalah dalam battle masing-masing tidak tersingkir.

9 Mei: 90's

Para kru membuat persembahan berasaskan muzik dan budaya pop 1990-an.

Battle:

  • Soul Gang mng D'Vol Blacky Wacky
  • We Taking Over mng Syko Breakerz Crew

Tersingkir: Syko Breakerz Crew

16 Mei: Goldfish & Blink

Para peserta menari mengikut rentak lagu-lagu popular yang diadun oleh duo DJ terkenal, Goldfish & Blink. Artis tersebut turut mengambil alih tempat DJ Fuzz di belakang turntable sempena Battle.

Juri undangan: Mizz Nina

Battle:

  • D'Vol Blacky Wacky mng The Hype
  • Dem Lepak Boyz mng We Taking Over

Tersingkir: The Hype

23 Mei: My Dance Idol

Para peserta dikehendaki mempersembahkan suatu tarian yang dipopularkan oleh idola tarian mereka.

Juri undangan: Judimar Hernandez

Battle
  • D'vol Blacky Wacky mng Inversion
  • Soul Gang mng Soul Krazy

Tersingkir: Inversion

30 Mei: K-Pop

Para kru dikehendaki menari ikut rentak lagu K-pop.

Battle
  • Walawei mng D'Vol Blacky Wacky
  • Dem Lepak Boyz mng Project Elementz

Tersingkir: D'Vol Blacky Wacky

6 Jun: Dubstep

Para kru dikehendaki menari ikut rentak lagu dubstep.

Juri undangan: Arabyrd

Battle
  • Kitta Move mng EGS Monster
  • Soul Krazy mng We Taking Over

Tersingkir: EGS Monster

13 Jun: Street Flava

Para kru dikehendaki menari dalam gaya-gaya yang tidak biasa dipersembahkan atau di luar kepakaran masing-masing, seperti yang diaturkan oleh pihak penganjur.

Juri undangan: Shay Normann

Battle
  • Dem Lepak Boyz mng Soul Krazy
  • Soul Gang mng Kitta Move

Tersingkir: Kitta Move

20 Jun: Circus

Para kru mesti menerapkan pertunjukan sarkas dalam tarian mereka.

Juri undangan: Suhaili

Telah diputuskan bahawa kumpulan yang dinilai oleh para juri sebagai persembahan terbaik akan layak ke peringkat akhir secara automatik. Sementara menunggu keputusan juri, keenam-enam kru naik pentas semula secara tiga demi tiga (Dem Lepak Boyz+Soul Krazy+Soul Gang, We Taking Over+Walawei+Project Elementz).

Para juri telah memutuskan bahawa Dem Lepak Boyz mendapat imuniti untuk mara ke Final Showdown, sementara Project Elementz menerima undian tertinggian turut mara ke pusingan seterusnya. Setiap battle dilanjutkan kepada 4 minit.


Battle
  • Soul Krazy mng Soul Gang
  • Walawei mng We Takin Over

Tersingkir: We Takin Over

27 Jun: Show Me Whatcha Got

Dalam minggu terakhir sebelum Final, setelah Dem Lepak Boyz meraih imuniti kerana mendapat pujian Persembahan Terbaik daripada juri minggu lalu, empat kru yang tinggal masing-masing dikehendaki membuat dua persembahan iaitu secara tunggal dan Battle.

Juri undangan: Pat Ibrahim

Untuk Battle, pada asalnya hanya dua kru terbawah iaitu Soul Gang dan Soul Krazy dikehendaki berentap. Soul Gang diberi kemenangan dalam Battle ini, tetapi para juri tiba-tiba membuat keputusan untuk memanggil dua kru yang lain berentap. Dalam Battle tambahan ini, Project Elementz menang ke atas Walawei. Di akhir rancangan yang singkat ini (hanya 65 minit berbanding 90 minit yang selalunya), Soul Krazy dan Walawei yang kalah dalam Battle masing-masing disingkirkan kedua-duanya sekali. Oleh itu, Dem Lepak Boyz, Soul Gang dan Project Elementz mara ke Final Showdown pada minggu seterusnya.

4 Julai: Final Showdown

Tiga kru - Project Elementz, Soul Gang dan Dem Lepak Boyz (yang meraih imuniti dua minggu sebelumnya) - mara ke malam kemuncak Showdown 2012 yang diadakan di KL Live. Acara yang melebihi dua jam panjangnya ini dimulakan dengan persembahan tarian oleh sembilan kru yang tersingkir sepanjang pertandingan, diikuti dengan nyanyian oleh Carleed, tarian duet Pat Ibrahim dan Maple Loo, dan persembahan rap Joe Flizzow, Altimet dan SonaOne.

Ketiga-tiga finalis dikehendaki membuat persembahan solo secara bergilir-gilir dalam dua pusingan berturut-turut untuk meraih undian penonton sebelum talian undian ditutup. Sementara menunggu hasil undian, malam acara bersambung dengan persembahan khas oleh Zeppo Youngsters Crew, salah sebuah kru kanak-kanak yang pernah datang ke uji bakat.

Selepas talian undian ditutup, hanya dua kru yang meraih undian terbanyak, iaitu Project Elementz dan Dem Lepak Boyz, mara ke pusingan Final Battle, yang mana mereka berentap sesama sendiri selama enam minit. Selepas diumumkannya keputusan yang mana Soul Gang tersingkir, talian undian dibuka sela kerana hanya undian penontonlah yang menjadi penentu juara Showdown 2012.

Sementara menungggu keputusan akhir, malam acara diserikan dengan persembahan istimewa oleh juara Showdown musim lalu, Elecoldxhot, dan F.I.X, juara UOX Blast 2012 yang pernah dianjurkan oleh penaja, Celcom, dan kumplan penyanyi terkenal dari Korea Selatan, B.A.P.

Sekitar pukul 11.20 malam, keputusan muktamad diumumkan, maka gelaran juara Showdown jatuh kepada Dem Lepak Boyz.